Nama :Tan Sri SM Nasaruddin SM
Amin
Lahir : Pada tahun 1955 di Kuala
Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha
Ismai
Bilangan Cahaya Mata: 11 Orang
Tarikh Meninggal Dunia: 2 Mei
2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.
Tan Sri SM
Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955. Beliau sentiasa berminat terhadap kereta dan industri
automobil. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah RendahTunku Munawir dari
tahun 1961 sehingga tahun 1966. Beliau juga mendapat pendidikan diSekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
Pada tahun
1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalam akaun
bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang
bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu
peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau
meraih hasil keuntungan bernilaisejuta
ringgit dalam masa setahun.Tan Sri SM
Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawanMelayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan
Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada tahun 1979. Beliau
terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan, perladangan,
kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat - alatmesin, pembuatan,
agensi insuran dan sebagainya.Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah
menonjolkan perniagaanya apabila beliau memutuskan untuk mengimport kereta -
kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepun adalah popular
dikalangan rakyat Malaysia.Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran,
termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan
- pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabilaramai diantara rakyat
Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapi keghairahannya
dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha
menujukejayaan.“Untuk memperoleh kerjayaan, anda mesti mempunyai minat dengan
apa yang anda lakukan dananda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang
dahulu dan mempunyai arah tuju,” katanya. “Dalam perniagaan anda mesti
memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan selangkah demi
langkah.”Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan yang amat berjaya, Nasaruddin
berkata beliau tidak banyak berubah. “Satu - satunya perbezaan
adalah yang saya memulakan dengan lima kakitangan dan kini saya mempunyai kira
- kira 4,000 orang,”.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Dato' Haji Ramly Bin Mokni
Ramly Mokni (Ramly Burger)
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu
yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan
begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang
lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa
mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan
diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan
perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk
mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari
selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai
pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana
kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah
mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang
ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini
jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya
kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah
putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak
bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri
dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia
Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau
juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya
terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau
telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di
samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan
mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap
barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan
dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu
produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk
mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau
yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul.
Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah
Usahawan Terbaik .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo
·
Dianugerahkan
dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen.
·
Mendapat
anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas
sumbangannya dalam bidang fesyen.
·
Merupakan
rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire”
OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
·
Dianugerahkan
Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang
juga membawa gelaran Dato’.
Siapa yang tidak kenal
dengan figura terkenal ini?Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.
Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya.
Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.
Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
BIODATA
Nama : Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan
Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di
kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut
Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah
mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964
kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia
mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza
kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di
kedai-kedai.
Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar
mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi
dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka
akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.
Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong
beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi
serta beras Siam.
Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300
pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut
ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu
tinggi dan tanpa diragui status halalnya.
Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di
negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan
anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam
mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan
terbaru, rempah rendang.
No comments:
Post a Comment