Saturday, 11 October 2014

Evolusi Keusahawanan



Perkataan usahawan di Malaysia mula menjadi sebutan ramai pada tahun 1970-an, iaitu setelah pengguabalan dan perlaksanaan dasar ekonomi baru (DEB). Walaupun begitu peraturan dan sifat keusahawanan yang dijalankan pada masa sekarang jauh berbeza berbanding aktiviti yang dijalankan pada zaman awal istilah ini diperkenalkan. Para usahawan pada zaman awal hanya mengejar penciptaan kekayaan dan bukannya pembangunan industri. Pada zaman Rom purba terdapat tiga cara yang diterima untuk memperoleh kekayaan dan kuasa. Cara-cara ini termasuklah pemilikan tanah, amalan peminjaman wang secara riba, dan pembayaran wang kepada pegawai, iaitu rasuah.
Keusahawanan di Malaysia sebenarnya telah lama wujud, iaitu sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi. Istilah usahawan yang digunakan pada masa itu ialah pedagang, pengilang dan pengusaha. Mereka merupakan peneraju entity perniagaan kecil perindustrian dan perkilangan yang cenderung untuk berkembang dan melibatkan bukan sahaja barangan malahan juga perkhidmatan. Terdapat enam peringkat perkembangan sejarah keusahawanan yang berkembang mengikut peredaran masa;
:: Pada zaman permulaan ::
Definasi keusahawanan bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.
:: Pada zaman pertengahan ::
Usahawan digambarkan sebagai seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko. Usahawan pada zaman ini, adalah seorang yang mengawal(berkuasa) kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.



:: Abad ke 17 ::
Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori (definasi) awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.
:: Abad ke 18 ::
Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal.
:: Abad ke 19 dan 20 ::
Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.
:: Abad ke 21 ::
Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “Sekarang, kebanyakkan orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts

Bidang keusahawanan telah mengalami evolusi dan perkembangan yang ketara di  Malaysia jika dibandingkan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada masa dahulu yang menggunakan ‘Sistem Barter’ diikuti dengan pengunaan logam sebagai mata wang dan kemudiaanya pengunaan mata wang.Terdapat banyak faktor yang mendorong perkembangan bidang ini terutamanya dengan wujudnya faktor-faktor persekitaran yang kondusif yang disediakan oleh pelbagai pihak. Antara pihak yang banyak memainkan peranan dalam perkembangan bidang keusahawan di Malaysia adalah seperti kerajaan, pihak swasta dan sektor korporat, institusi pengajian tinggi, masyarakat, dan media massa.

No comments:

Post a Comment