Saturday, 11 October 2014

Cerita pocari sweat dan Aqua.



Video 1. – pocari sweat.
Menerusi video yang diberikan, terdapat banyak perspektif positif yang boleh kita ambil jadikan contoh.
Melalui karakter  Akihiko Otsuka, kita dapat menjadikan beliau sebagai satu contoh. Otsuka tampak menonjol dengan sifat kepimpinannya.Ini terbukti dari caranya memimpin perusahaan Otsuka Pharmaceutical. Pengambilan keputusan yang pantas, tepat dan berani mengambil risiko dangat menepati ciri pemimpin sejati.
Selain Otsuka, ada seorang lagi yang boleh kita jadikan contoh. Beliau merupakan Akihisa Takaichi. Takaichi merupakan seorang yang gigih dan merupakan ciri seorang peneliti yang baik. Beliau seorang yang berdedikasi tinggi , kerja keras dan tidak kenal erti putus asa. Penelitiannya yang sampai menghasilkan lebih dari 1000 jenis minuman keringat sebelum pada akhirnya Berjaya menemukan hasil yang pas. Hal ini sangat menarik dan tidak hairan kenapa Jepang boleh menjadi Negara yang hebat seperti yang kita ketahui sekarang ini. Keperibadian seperti ini yang sangat diperlukan bagi setiap manusia yang ada di muka bumi ini. Jester, Negara akan kekal dalam keadaan yang sentiasa lebih maju pada masa akan datang.

Video 2- Aqua
Menerusi video ini, turut sama trkandung unsur positif dimana  Tirto Utomo dilihat sebagai seorang yang pandai mencari peluang dan berfikiran di luar kotak. Tirto yang bijak memikirkan penyelesaian terhadap masalah yang berlaku telah menaikkan nama syarikatnya sendiri. Melalui kegigihan dan semangat yang  ditunjukan, adalah pendorong kepada kejayaan air mineral Aqua yang terkenal di Indonesia. Dalam pembikinan botol plastik yang digunakan kini sangat menarik perhatian orang ramai.  Pembikinannya itu merupakan tindakan yang berani dan kreatif. Ia mempunyai bentuk yang menarik dan juga amat selamat untuk digunakan bersama air mineral tersebut. SIfat Tirto ini perlu dicontohi oleh semua orang. Ciri yang ditonjolkan telah menjadikan Tirto sebagai seorang perusahaan Aqua yang hebat.

Persamaan yang dapat dikenalpasti dalam kedua-dua video ini adalah, segmen pasaran yang dibuat adalah salah. Ini telah menyebabkan kerugiaan pada kedua-dua syarikat dan atas kesilapan itu juga, menjadi pelonjak mereka untuk perbetulkannya dan mencapai kejayaan sehingga sekarang. Segmen pasaran adalah elemen penting sebelum kita hendak memperkenalkan sesuatu produk. Kelompok yang sesuai akan menyedari akan kehadiran produk yang baru dan ini dapat membantu memperkenalkan produk pada orang ramai. Justeru, apa yang berlaku dalam video –video diatas, adalah penting untuk kita jadikan pedoman agar kita tidak tersalah langkah dan mengalami kerugiaan yang sama seperti mereka.

No comments:

Post a Comment